Jumaat, 13 Ogos 2010

MaRaH TaPi TaHaN ... DaMN!!!



Salam Kengkawan ...

Hari ni betul2 mencabar diri aku ... aku betul2 marah tapi aku tahan giler ... kenapa? mesti korang nak tau kan ... ye ar ... di bulan puasa yang mulia ini ... aku sangkakan akan dapat jalani ibadah dengan tenang dan nyaman tapi rupanya cabaran lebih dahsyat ... astarghfirullahalazim ... aku harap akan dapat menjalani ibadah puasa dengan tenang di masa-masa depan ... insya'allah

Ooo ye ... citernyer begini ... harini aku dapat tau ... ada si malaun sekor ni tak puas ati sejak aku datang dulu ... apa masalah dia, aku pun tak tau ... mula2 dulu dia kata aku sombong ... padahal aku dah pernah berbual dengan dia sebelum dia buat statement macam tu ... tapi at last dia cakap aku juga ... apa punyer orang le dia ni ... padahal aku tak pernah usik dia atau pun anu dia ... yg dia mcm har-jad mengusik idup aku apasal ... agak nyer ko ni belum kenal aku betul2 kot ... kang kalo aku buat ko smpi merana baru ko tau ... aku akan buat ko sengsara karang ... tak pe .. tak pe .. orang kata ada ubi ada batas ... satu hari pasti dibalas... hahahaha ...

Lagi la bulan ramadhan ni, bulan yg mulia ... doa akan termakbul bagi orang2 yang teraniaya ... tapi aku akan pastikan ko yg kena nanti ... tunggu lah ... Okey lah guys ... di bulan ramadhan ni tak leh marah2 sangat ... so sabar byk2 k ... gunakan akal dan jiwa untuk berfikir secara tenang dan matang ... jangan jadi macam setengah2 orang yang diri sendiri tak betul tapi sibuk nak kata orang tak betul ... so pada orang2 yang berperangai seperti itu ... cermin diri sendiri ... susah2 ... letak cermin kat setiap sudut untuk kenal diri okey ... dah dah ... gi solat tarawikh k ... wakakaka


Isnin, 9 Ogos 2010

SoLaT TaRaWiKH ...

Salam Teman-Teman ...

Esok dah puasa ... so apa lagi ... macamana persediaan untuk puasa esok? ... dah ready ke? ... rasa-rasanya mesti semua dah ready ... tapi jangan pulak lupa satu benda iaitu Solat Tarawikh ...
hehehehe ... so bila solat tarawikh ni nak start ek? hahahaha ... pastinyalah malam ni sebab esok dah start puasa kan ...

Okey lah ... bukan aku nak bebel banyak-banyak pun sebab aku ni pun bukan bagus sangat ... cuma nak sharing dengan kawan-kawan kelebihan solat tarawikh ni ... lagipun orang kata sharing is caring ... so kira aku caring le kat korang semua ... caring ke? ... pastilah ... wakakaka ...

So aku tak nak basa basi lagi ... moga kita semua dapat hayati kelebihan solat tarawikh ni ok ..

Kelebihan Solat Sunat Tarawih

1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

Ahad, 8 Ogos 2010

RaMaDHaN DaTaNG LaGi ...

Salam Teman-Teman ...

Hari ini aku cuma nak story mory pasal ramadhan yang tak lama lagi akan menerjah kita semua ... Yup ... Lagi Dua hari lagi bulan Ramadhan akan datang ... Jadi adakah kita semua dah bersedia? ... Haaa ... Jangan mulut je berkata-kata dah sedia ... tapi hati masih ragu2 ... hehehehe ...

Aku? ... Insya'allah ... aku dah sedia dari mental dan fizikal ... tapi janganlah ada antara korang kata aku riak dan takbur ... tidak ok ... salah satu cara memotivasikan diri aku adalah dengan menanam keyakinan betapa aku telah siap siaga untuk berpuasa dengan sebaik-baik mungkin ... bersedia menjalani ibadah ini dengan sekuat hati ...

Aku masih ingat lagi ... aku telah mula berpuasa penuh sejak aku darjah 2 ... dan aku telah berjaya waktu itu ... cuma kalo tak silap aku hanya sekali saja aku tidak dapat menjalani puasa penuh kerana disebabkan aku mengalami dehydrated ... tapi selepas itu alhamdulillah puasa aku lancar dan tiada masalah atas keizinan Yang Maha Esa ... So, aku rasa semua tahu apa itu puasa segala kan ... tapi tahukah sejarah puasa? ... oleh itu aku ingin share serba sedikit mengenai puasa ni ... ada antara kita masih ingat dan mungkin ada yang dah lupa ... tapi tak mengapa ... kita cuba refresh semula pemikiran kita ini ok ... sama-sama kita sharing dan caring ... hahahaha ...

Sejarah Puasa

Ditulis oleh Dewan Asatidz
Puasa merupakan salah satu rukun Islam yang dilaksanakan oleh kaum muslimin di seluruh dunia. Allah swt. telah mewajibkannya kepada kaum yang beriman, sebagaimana telah diwajibkan atas kaum sebelum Muhammad saw. Puasa merupakan amal ibadah klasik yang telah diwajibkan atas setiap umat-umat terdahulu.
Ada empat bentuk puasa yang telah dilakukan oleh umat terdahulu, yaitu:
Puasa merupakan salah satu rukun Islam yang dilaksanakan oleh kaum muslimin di seluruh dunia. Allah swt. telah mewajibkannya kepada kaum yang beriman, sebagaimana telah diwajibkan atas kaum sebelum Muhammad saw. Puasa merupakan amal ibadah klasik yang telah diwajibkan atas setiap umat-umat terdahulu.
Ada empat bentuk puasa yang telah dilakukan oleh umat terdahulu, yaitu:
  1. Puasanya orang-orang sufi, yakni praktek puasa setiap hari dengan maksud menambah pahala. Misalnya puasanya para pendeta
  2. Puasa bicara, yakni praktek puasa kaum Yahudi. Sebagaimana yang telah dikisahkan Allah dalam Al-Qur'an, surat Maryam ayat 26 :
    "Jika kamu (Maryam) melihat seorang manusia, maka katakanlah, sesungguhnya aku telah bernadzar berpuasa untuk tuhan yang Maha Pemurah, maka aku tidak akan berbicara dengan seorang manusiapun pada hari ini" (Q.S. Maryam :26).
  3. Puasa dari seluruh atau sebagian perbuatan (bertapa), seperti puasa yang dilakukan oleh pemeluk agama Budha dan sebagian Yahudi. Dan puasa-puasa kaum-kaum lainnya yang mempunyai cara dan kriteria yang telah ditentukan oleh masing-masing kaum tersebut.
  4. Sedang kewajiban puasa dalam Islam, orang akan tahu bahwa ia mempunyai aturan yang tengah-tengah yang berbeda dari puasa kaum sebelumnya baik dalam tata cara dan waktu pelaksanaan. Tidak terlalu ketat sehingga memberatkan kaum muslimin, juga tidak terlalu longgar sehingga mengabaikan aspek kejiwaan. Hal mana telah menunjukkan keluwesan Islam.
HIKMAH PUASA

Diwajibkannya puasa atas ummat Islam mempunyai hikmah yang dalam. Yakni merealisasikan ketakwaan kepada Allan swt. Sebagaimana yang terkandung dalam surat al-Baqarah ayat 183:
"Hai orang-orang yang beriman telah diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kalain bertakwa."

Kadar takwa tersebut terefleksi dalam tingkah laku, yakni melaksanakan perintah dan menjauhi larangan. Al-Baqarah ayat 185 :
"(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulan) al-Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang haq dan bathil). Karena itu, barang siapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan tersebut, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu". Ayat ini menjelaskan alasan yang melatarbelakangi mengapa puasa diwajibkan di bulan Ramadhan, tidak di bulan yang lain. Allah mengisyaratkan hikmah puasa bulan Ramadhan, yaitu karena Ramadhan adalah bulan yang penuh berkah dan yang diistimewakan Allah dengan dengan menurunkan kenikmatan terbesar di dalamnya, yaitu al-Qur'an al-Karim yang akan menunjukan manusia ke jalan yang lurus. Ramadhan juga merupakan pengobat hati, rahmah bagi orang-orang yang beriman, dan sebagai pembersih hati serta penenang jiwa-raga. Inilah nikmat terbesar dan teragung. Maka wajib bagi orang-orang yang mendapat petunjuk untuk bersyukur kepada Sang Pemberi Nikmat tiap pagi dan sore.

Bila puasa telah diwajibkan kepada umat terdahulu, maka adakah puasa yang diwajibkan atas umat Islam sebelum Ramadhan?

Jumhur ulama dan sebagian pengikut Imam Syafi'i berpendapat bahwa tidak ada puasa yang pernah diwajibkan atas umat Islam sebelum bulan Ramadhan. Pendapat ini dilandaskan pada hadis Nabi saw. yang diriwayatkan oleh Mu'awiyah :
"Hari ini adalah hari Asyura', dan Allah tidak mewajibkannya atas kalian. Siapa yang mau silahkan berpuasa, yang tidak juga boleh meninggalkannya."

Sedangkan madzhab Hanafi mempunyai pendapat lain: bahwa puasa yang diwajibkan pertamakali atas umat Islam adalah puasa Asyura'. Setelah datang Ramadhan Asyura' dirombak (mansukh). Madzhab ini mengambil dalil hadisnya Ibn Umar dan Aisyah ra.: diriwayatkan dari Ibn 'Amr ra. bahwa Nabi saw. telah berpuasa hari Asyura' dan memerintahkannya (kepada umatnya) untuk berpuasa pada hari itu. Dan ketika datang Ramadhan maka lantas puasa Asyura' beliau tinggalkan, Abdullah (Ibnu 'Amr) juga tidak berpuasa". (H.R. Bukhari).

"Diriwayatkan dari Aisyah ra., bahwa orang-orang Quraisy biasa melakukan puasa Asyura' pada masa jahiliyah. Kemudian Rasulullah memerintahkan untuk berpuasa hari Asyura' sampai diwajibkannya puasa Ramadhan. Dan Rasul berkata, barang siapa ingin berpuasa Asyura' silahkan berpuasa, jika tidak juga tak apa-apa". (H.R. Bukhari dan Muslim).

Pada masa-masa sebelumnya, Rasulullah biasa melakukan puasa Asyura' sejak sebelum hijrah dan terus berlanjut sampai usai hijrah. Ketika hijrah ke Madinah beliau mendapati orang-orang Yahudi sedang berpuasa (Asyura'), beliau pun ikut berpuasa seperti mereka dan manyerukan ke ummatnya untuk melakukan puasa itu.

Hal ini sesuai dengan wahyu secara mutawattir (berkesinambungan) dan ijtihad yang tidak hanya berdasar hadis Ahaad (hadis yang diriwayatkan oleh tidak lebih dari satu orang). ”Ibn Abbas ra. meriwayatkan: ketika Nabi saw. sampai di Madinah, beliau melihat orang-orang Yahudi sedang melakukan puasa Asyura', lalu beliau bertanya: (puasa) apa ini? Mereka menjawab: ini adalah hari Nabi Saleh as., hari di mana Allah swt. memenangkan Bani Israel atas musuh-musuhnya, maka lantas Musa as. melakukan puasa pada hari itu. Lalu Nabi saw. berkata: aku lebih berhak atas Musa dari kalian. Lantas beliau melaksanakan puasa tersebut dan memerintahkan (kepada sahabat-sahabatnya) berpuasa. (HR. Bukhari).

Puasa Ramadhan diwajibkan pada bulan Sya'ban tahun kedua hijriyah, maka lantas, sebagaimana madzhab Abi Hanifah, kewajiban puasa Asyura terombak (mansukh). Sedang menurut madzhab lainnya, kewajiban puasa Ramadhan itu hanya merombak kesunatan puasa Asyura'.

Kewajiban puasa Ramadhan berlandaskan Al-qur'an, Sunnah, dan Ijma.
"Diriwayatkan dari Abdullah Ibn Umar, bahwasanya dia mendengar Rasulullah saw bersabda: Islam berdiri atas lima pilar: kesaksian tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah utusan Allah, mendirikan salat, mengeluarkan zakat, haji ke Baitullah (Makkah) dan berpuasa di bulan Ramadhan."

Kata 'al-haj' (haji) didahulukan sebelum kata 'al-shaum' (puasa), itu menunjukkan pelaksanakaan haji lebih banyak menuntut pengorbanan waktu dan harta. Sedang dalam riwayat lain, kata 'al-shaum' didahulukan, karena kewajiban puasa lebih merata (bisa dilaksanakan oleh mayoritas umat Islam) dari pada haji.

Kewajiban puasa Ramadhan sangat terang. Barang siapa yang mengingkari atau mengabaikan keberadaannya dia termasuk orang kafir, kecuali mereka yang hidup pada zaman Islam masih baru atau orang yang hidup jauh dari ulama.

DEFINISI PUASA

Secara etimologi, puasa berarti menahan, baik menahan makan, minum, bicara dan perbuatan. Seperti yang ditunjukkan firman Allah, surat Maryam ayat 26 :
"Sesungguhnya aku telah bernadzar berpuasa demi Tuhan yang Maha Pemurah, bahwasanya aku tidak akan berbicara dengan seorang manusiapun pada hari ini". (Q.S. Maryam : 26)

Sedangkan secara terminologi, puasa adalah menahan dari hal-hal yang membatalkan puasa dengan disertai niat berpuasa. Sebagian ulama mendefinisikan, puasa adalah menahan nafsu dua anggota badan, perut dan alat kelamin sehari penuh, sejak terbitnya fajar kedua sampai terbenarnnya matahari dengan memakai niat tertentu. Puasa Ramadhan wajib dilakukan, adakalanya karena telah melihat hitungan Sya'ban telah sempurna 30 hari penuh atau dengan melihat bulan pada malam tanggal 30 Sya'ban. Sesuai dengan hadits Nabi saw.

"Berpuasalah dengan karena kamu telah melihat bulan (ru'yat), dan berbukalah dengan berdasar ru'yat pula. Jika bulan tertutup mendung, maka genapkanlah Sya'ban menjadi 30 hari."***

=================
Diambil dari buku "Pilar-pilar Islam dalam al-Sunnah" karya Prof. Dr. Umar Hasyim, oleh M. Rofiq Mu'allimin.



Jumaat, 30 Julai 2010

TaKZiaH BuaT NaZ @ JaMBu ... aL-FaTiHaH

Hai Guys ...

Entri kali ini aku nak ucapkan takziah kepada seseorang ... yup ... pagi tadi aku dapat informasi dari pada teman aku si Fizie .... Dia ym aku bagitau yang iaitu ayah kepada salah seorang kawan kitaorang telahpun kembali kerahmatullah ... aku cukup kaget ... tapi nak buat macamana kan ... tu lah lumrah kehidupan yang telah tertulis oleh Yang Maha ESA ... iaitu semua yang hidup pasti akan mati ... Ooo ye ... aku belum bagitau siapa kan ... teman aku yang kehilangan ayahanda tercinta tu adalah Nazrul @ Jambu (gelaran yang orang panggil kat dia) ... Pic Nazrul nanti aku letak kat bawah ni ... tapi aku ambik pic dia dari blog si Ernie la ... terima kasih Ernie atas ehsan gambar yang kau beri walaupun aku tak mintak ... hehehehe ...

Inilah Naz @Jambu (yang lelaki itu ...)
Takziah a.j. ucapkan ...


Untuk Naz @ Jambu,

Banyak-banyak bersabar k ... Tabahkan hati ... Kuatkan Semangat ... Kau kena harungi semua ini ... inilah kehidupan ... aku tau payah tapi kau kena cuba ... sama-samalah kita doakan agar ayahanda mu ditempatkan ditempat orang-orang yang soleh dan beriman ...

Mungkin ramai yang cakap senang untuk mengatakan sabar dan tabah ... tapi percayalah ... aku jugak pernah mengharungi semua itu ... perit dan sakit ... tapi tanamkan dalam fikiran ... kalau kita terus bersedih ... apa yang akan kita dapati ... adakah kita lebih tenang dan arwah juga tenang? ... tidak kan ... so seharusnya kita harus banyak-banyak berdoa agar roh arwah damai dan tenang di 'sana' ... percayalah ... semakin kita 'lepas'kan pemergian insan yang tersayang ... semakin 'dia' tenang ...

So kawan-kawan ... apa pun yang terjadi ... berdoalah kepada Yang Maha Esa ... Insya'allah semuanya akan berjalan lancar ... Buat Naz @ Jambu sekali lagi ... Berdoa banyak-banyak kepada Allah s.w.t ... semoga rohnya ditempatkan ditempat yang baik ... al-fatihah ... amin ...

Khamis, 29 Julai 2010

~ DeMMiT ~


Hai Guys ...

Wah ... kontroversi ... kenapa entri aku bertajuk begitu? ... Jangan kaget ya ... Tu cuma luahan hati yang bengang ... Demmit ... yup ... sebenarnya datang dari Damn it ... Tapi aku tukar mengikut gaya tulisan aku sendiri iaitu Demmit ... Kenapa? ... hehehehe ...

Ok ... sebenarnye tak de apa le ... cuma emosi sikit ... ye lah ... kadang-kadang emosi kecil-kecilan ni patut diluahkan ... jangan simpan ... tapi tak de le sampai nak tumbuk orang bagai le kan .. cuma melalui blog ni ... at least puas hati le jugak ... hilang rasa marah dan emosi tu ... hahahaha ...

Yup ... kenapa aku emosi ... biasalah ... bila berhadapan dengan perangai orang-orang yang mementingkan diri ni kan ... memang macam %^$#@ ... sebabnyer ... bila mintak tolong kat kita ... bukan main baik ... atau bila nak mintak kita temankan dia kemana-mana ... lidah lembut dari air ... baik giler ... tapi bila kita plak nak mintak tolong or temankan ... macam-macam dalih ... macam-macam perangai ... kan ke macam haram namanyer tu ... So ... oleh kerana ko dah buat perangai haram ko ... ko ingat aku kisah ... kau jangan lupa ... ko tu banyak mintak tolong aku ... pasni tau la nasib ko ... bodoh punya orang ... patut lah hidup ko tak senang ... sebab ko tu pentingkan diri ... tuhan tu maha kaya ok ... bagi cash ... tgk ... ko banyak masalah kan ... aku just wait and see jek ... esok lusa cari aku ... tau la ko camne aku nak ajar ... bangang berbakul-bakul ... kecik-kecik tak nak @#^$&% ...

Hmmm ... lega ... ok ... skrg ni aku akan meneruskan aktiviti aku ... lantak pi la ko ... sekurang-kurangnyer ... apa yg aku ada hari ini ... itu hak aku ... dari ko tu ... langsung tak de apa ... hahaha ... ada aku keysah ... wakakaka ....

Orait guys ... jangan meniru gaya-gaya sebegini kerana cara ini aku lampiaskan kemarahan aku dengan menggunakan akal dan jiwa yang penuh rasa amarah ... kalo ikutkan banyak perkataan-perkataan yang tidak enak didengar tapi telah aku delete setelah akal dan jiwa aku berbalik kepada kewarasan demi tatapan kawan-kawan ... yang buruk janganlah diikut dan yang baik jadikan sebagai panduan kita bersama ...

Nasihat aku untuk korang semua ... setiap apa yang dilakukan atau difikirkan ... gunakan dengan akal dan jiwa yang waras bukan sebaliknya ... ok lah ... adiossss .....


Rabu, 28 Julai 2010

aPC 2009


Hai Kengkawan ...

Entri hari ni mengenai APC 2009 ... wah .. bagi yang dah tahu tu bagus le ... tapi bagi yang tak tau tu ... mesti tertanya-tanya apa APC 2009 tu ... hehehehe ... tak pe-tak pe ... sabar-sabar ... aku akan menceritakan apa itu APC 2009 ok ... sabar ... sabar ... wakakaka ...

Okeylah .. APC tu bukan Anugerah Pelakon Comel ... mahupun Anugerah Penari Canggung ... atau Anugerah Penarik Cacing ... bukan .. bukan ... bukan ... semua itu nista belaka ... wakakaka ... APC stands for Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ... Yup ... Anugerah ini diberikan oleh Kementerian kepada Pekerja-Pekerja mereka yang Cemerlang pada tahun berkenaan ... Proses pemilihan Pekerja-Pekerja Cemerlang ni dilakukan oleh Ketua Jabatan masing-masing ... so kalo korang nak tau apa kriteria-kriteria dia ... senang jek ... tanya bos-bos korang yer (tu bagi yang kerja Kerajaan) dan bagi yang kerja swasta ... aku pasti anugerah ini tetap ada cuma mungkin sebutan atau panggilan di sesuatu tempat itu berbeza ... contohnyer ... Best Staff of the Year ... Best Assessment of the Year dan macam-macam lagi la ... dan still anugerah-anugerah ini dinilai berdasarkan prestasi pekerjaan kakitangan tersebut ...

Ditempat kerja aku ... semalam telah berlangsungnyer Majlis bagi meraikan kakitangan-kakitangan yang layak untuk merangkul APC 2009 ... dan syukur alhamdulillah ... sebanyak 107 orang yang telah dipilih ... antaranya ada yang merupakan kawan-kawan seperjuangan aku ... so kat sini dengan bangganya aku meletakkan nama mereka seorang demi seorang yang aku kenal ... kalo ada yang tertinggal ... mintak maaf banyak-banyak ... tak disengajakan ... tapi boleh dimaklumkan supaya aku boleh menambahkan nama-nama mereka ... Sebelum aku mencoretkan nama teman-temanku ini ... aku ingin mengucapkan Tahniah dan korang memang layak untuk mendapatkan anugerah ini kerana korang memang kakitangan yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang ... aku pasti korang melakukan setiap pekerjaan itu dengan ikhlas dan penuh tanggungjawab melalui Akal dan Jiwa korang ... so guys ... you all deserve it ... Congratulation from me ... far -far away from Jakarta ... Wakakaka ...

Senarai APC 2009 (nama yang disenaraikan ini merupakan nama teman-teman or pegawai-pegawai yang aku kenali aje .. yang lain tu mungkin aku tak kenal atau tak ingat ... jgn mare!!! ... wakakaka ) :-

1. En. Rasli Ramlan - ICT
2. Pn. Norafnizar - Akauntan
3. En. Mohd Hafez Husin - ICT
4. Cik Ermawati - Akaun
5. Pn. Norlaila Othman - CLMV
6. Pn. Noor Azizan Wongso Povera - JPDS
7. Pn. Mazlina Mohamad - ASEAN
8. En. Mohd Helme Mohd Nor - Asia Tenggara
9.Pn. Siti Noor'Aini Hassan @ Nony - Pej. YB Menteri
10. Pn. Chong Wai Ling @ Sital - Parlimen & Hal Ehwal Korporat
11. Pn. Nor Saadah Abd. Samad - Inspektorat
12. Pn. Azuriati - Kewangan
13. En. Muhammad Khairuddin - Dulu Unit Tiket, Skrg dah pindah unit mana ntah ... wakakaka
14.Pn. Sadiah Baba - Inspektorat
15. Pn. Norlia Tan - Belanjawan
16. Pn. Siti Aminah Abu Musa - akaun
17. Cik Norhana Hanafiah - Kewangan
18. Cik Norasita Alias - Panjar
19.Pn. Alizawati Mohd Tap - ICT
20. En. Mohd Najib Jasmon - Kedubes Malaysia Jakarta
21.Cik Nur Sharita Ramli @ Eita - Kedubes Malaysia Conakry
22. Pn. Waheedabi @ Maini - KonJen Malaysia Mumbai
23. Pn. Nur Hayati Md. Ideris @ Yati - Kedubes Malaysia Jakarta

Buat kalian-kalian semua ... yang mungkin tertinggal namanya secara sengaja atau tak sengaja dan yang ada namanyer tapi tak kenal ... jgn bimbang ... as long as aku kenal korang pun kira ok la kan ... I am Proud of You All ... Wakakakaka ...


TaHNiaH eRNie & FaDLie SHaH ...

Ini dia Daddy Fadlie & Mummy Ernie
(Pic ini diambil dari blog Ernie ... Jgn Mare!!!)

Hai Kengkawan ...

First of all aku buat tajuk ini khas buat Ernie dan Fadlie Shah kerana mereka mendapat baby girl pada hari ini iaitu 28 Julai 2010 ... Maka dengan itu termaktublah bahawa mereka berdua telahpun menjadi Ayah & Ibu, Papa & Mama, Daddy & Mummy serta banyak lagi panggilan yang ada menandakan mereka telah mendapat tanggungjawab yang baru itu ... Honestly, aku turut gembira atas kelahiran cahayamata mereka yang pasti comel seperti ibu dan ayahnya ... Congratulation Daddy Fadlie & Mummy Ernie ... Wakakaka ...

Gambar Hiasan
sebab Pic Baby Girl belum keluar lagi ... Wakakaka ...

Aku pasti baby girl korang sangat comel ... pasti bertambah meriah kehidupan yang akan korang jalani lepas ini ... so ingatlah apapun yang korang lakukan ... korang dah ada tanggungjawab dan secara tak langsung pasti akan mematangkan korang berdua ... aku amat yakin korang akan bergembira dengan baby girl itu yang kalo tak silap aku nama dia Nur Ain Shah ... tu pun kalo aku tak silap la ... kalo aku silap .. maafkan saya penunggu gua ... bercanda aja donk ... jangan marah ... wakakaka ...

Apapun ... aku turut berkongsi kegembiraan ini dengan korang ... aku rasa bukan aku jek kot ... ramai lagi especially family korang la kan ... well what to do ... i am sorry cannot visit your little princess la Ernie ... Insya'allah ... kalo aku pulang dan ada kesempatan ... aku singgah bertandang melihat little princess korang ek ...

For the little princess, aku doakan menjadi anak yang baik, solehah dan berguna kepada keluarga, bangsa dan negara ... hahaha ... smpi bangsa dan negara tu yang tak tahan tu ... tapi mana tau kan ... kalo dah takdir ... kot-kot doa aku dimakbulkan ... amin ... hehehehe ...

Oklah ... buat Ernie & Fadlie ---> aku ucapkan TAHNIAH ... Selamat menjalani tanggungjawab sebagai Ibu dan Bapa kepada Baby Girl yang pastinya Cantik ... Selamat berlatih untuk tidak tidur malam dan bergilir-gilirlah yer menjaga baby comey tu ... Aku doakan semuanya selamat dan baik hendak nya ... Amin ...

Dari Penyatuan Dua Insan .. Maka Lahirlah seorang Puteri Impian yang bakal menyinar Kehidupan ...

MoNaS aTau MoNuMeN NaSioNaL JaKaRTa

Hai Kengkawan ...

Hari ni mood aku nak bercerita pasal salah satu tempat yang menarik di Jakarta ... Dulu aku pernah share cerita dengan korang kat blog aku ni pasal Taman Mini ... so sekarang mesti korang nak tau kan tempat apa lagi yang menarik ... Manalah tau korang nak jalan-jalan ke Jakarta ni tapi tak de idea ... so dengan cerita serba sedikit mengenai tempat-tempat menarik di Jakarta ni ... kot-kot ada yang terbuka hati nak pergi ... silakanlah ye ... hehehe ...

Ok ... berbalik cerita kepada Monas atau Monumen Nasional Jakarta

... sebenarnya aku telah sampai di Monas ni pada bulan Januari ... bayangkanlah betapa 'sibuk'nyer aku sampaikan bulan Julai ni baru nak bercerita mengenai Monas ni kat korang ... tapi tak pe ... sekurang-kurangnya ada la jugak daripada tak de kan ... hahahaha ... aku pergi ke Monas ni dengan kawan-kawan aku ... so tak perlu le aku nak bagitau siapa kan ... sebab nanti lagi panjang ini cerita ... wakakaka ... tapi jangan bimbang ... gambar-gambar dorang ada aku selitkan untuk selingan ...



So biarlah aku ceritakan sejarah Monas ni kat korang k ... Beginilah hikayat ceritanya .. wakakaka ... gurau-gurau ... Baca kat bawah ni k :-

Monas atau Monumen Nasional



Monas atau Monumen Nasional merupakan icon kota Jakarta. Terletak di pusat kota Jakarta, menjadi tempat wisata dan pusat pendidikan yang menarik bagi warga Jakarta dan sekitarnya. Monas didirikan pada tahun 1959 dan diresmikan dua tahun kemudian pada tahun 1961. Monas selalu ramai dikunjungi wisatawan untuk melihat keindahan kota Jakarta dari puncak Monas, menambah wawasan sejarah Indonesia di ruang diorama ataupun menikmati segarnya hutan kota seluas kira-kira 80 hektar di tengah kota Jakarta.

Ukuran dan Isi Monas

Monas dibangun setinggi 132 meter dan berbentuk lingga yoni. Seluruh bangunan ini dilapisi oleh marmer.

Ukuran Monas
  • Lidah Api

    Di bagian puncak terdapat cawan yang di atasnya terdapat lidah api dari perunggu yang tingginya 17 meter dan diameter 6 meter dengan berat 14,5 ton. Lidah api ini dilapisi emas seberat 45 kg. Lidah api Monas terdiri atas 77 bagian yang disatukan.
  • Pelataran Puncak

    Pelataran puncak luasnya 11x11 m. Untuk mencapai pelataran puncak, pengunjung bisa menggunakan lift dengan lama perjalanan sekitar 3 menit. Di sekeliling lift terdapat tangga darurat. Dari pelataran puncak Monas, pengunjung bisa melihat gedung-gedung pencakar langit di kota Jakarta. Bahkan jika udara cerah, pengunjung dapat melihat Gunung Salak di Jawa Barat maupun Laut Jawa dengan Kepulauan Seribu.
  • Pelataran Bawah

    Pelataran bawah luasnya 45x45 m. Tinggi dari dasar Monas ke pelataran bawah yaitu 17 meter. Di bagian ini pengunjung dapat melihat Taman Monas yang merupakan hutan kota yang indah.
  • Museum Sejarah Perjuangan Nasional

    Di bagian bawah Monas terdapat sebuah ruangan yang luas yaitu Museum Nasional. Tingginya yaitu 8 meter. Museum ini menampilkan sejarah perjuangan Bangsa Indonesia. Luas dari museum ini adalah 80x80 m. Pada keempat sisi museum terdapat 12 diorama (jendela peragaan) yang menampilkan sejarah Indonesia dari jaman kerajaan-kerajaan nenek moyang Bangsa Indonesia hingga G30S PKI.

Selain itu direncanakan untuk ditampilkan bendera pusaka dan naskah proklamasi yang asli di dalam bangunan Monas.

Rasanya begitulah sejarah Monas dan apa yang terkandung didalam monas tu ... harap puas hati lah dengan apa yang diberitahu ... dan serba sedikit mendapat ilmu pengetahuan yang baru mengenai Monas tu k ... Lepas ni saksikan gambar-gambar aku di Monas bersama kawan-kawan di Bulan Januari yang lampau ... wakakaka ...


Isnin, 26 Julai 2010

SaKiT HaTi aTau CeMBuRu?


Hai Guys ...

Hari ni aku nak luahkan rasa kejap ... bukan apa ... cuma rasa bengang giler ... kenapa la ada jugak manusia ni ... kononnya kata kawan ...tapi setiap kali aku buat kat shoutout tu ... ada jek yang dia tak puas hati ... shoutout tu hak aku ... sukati aku la ... lagipun itu kan menunjukkan emosi aku ... kalo dah aku happy ... apa masalahnyer ... betul tak? ... tapi yang paling aku tak faham ... setiap kali shoutout aku tu menunjukkan aku happy ... setiap kali tu le dia asyik cuba provok aku ... apa masalah kau? ... kalau kau tak puas hati dengan aku ... bagi tau jek ... ni tak ... saje nak provok ... padahal aku tak pernah pulak nak usik kau ... apa aku ada usik &*%$# kau ke? ... takkan ... tapi bila aku dah tanye dan dah jawab apa yang kau cakap tu ... senang-senang pulak kau cakap ... eh tak lah ... saja nak nak usik mengusik manja sebagai kawan ... what the %^$#? ... itu bukan usik2 manja sebagai kawan ... tapi tu mencari musuh namanya ... kalau sekali dua ... tak pe la jugak ... boleh terima ... tapi kalo setiap kali shoutout aku tu berbunyi happy ... yang mana aku rasa setiap pagi aku letak supaya orang lain dan aku juga happy sebagai motivasi ... setiap kali tuju jugak la ... kau cuba nak provok aku ... apa masalah kau beb? ... sebenarnya aku rasa kau tu bermasalah ... kau tak senang dengan kebahagiaan aku ke? mungkin la kot ... tapi sedar la ... setiap orang tuhan dah bagi jalan so pandai-pandai kita macamana cara nak menjalani hidup ini supaya dapat menjadikannya bahagia dan seru (bak kata orang indonesia) ... hehehehe ...

Ok lah ... kira puas hati jugak le dapat meluahkan perasaan kat sini ... ooo ya ... kalau kau sakit hati dengan aku ... bagitau apa yang telah aku sakiti hati kau tu ... tapi kalo kau cemburu dengan aku ... aku cuma nak bagitau ... kau tak perlu cemburu kerana kau juga boleh dapat apa yang aku ada sekarang ni ... yang penting usaha, berserah dan tawakal pada yang maha ESA ... so please don't provoke me again and again ... sebab kalau dibiarkan lagi ... aku takut akan datang ... kau akan lebih menderita ... jadi gunakan lah akal dan jiwa yang tuhan beri ke jalan yang benar yang boleh membahagiakan hidup kau, keluarga kau dan teman-teman kau ...

Bagi aku ... aku hanyalah insan biasa yang tak punya apa ... kerana aku tahu itu semua anugerah dari NYA ... dan diberikan melalui usaha, berserah dan tawakal yang aku lakukan ... dan aku bersyukur atas apa kurniaan-NYA ... kerana semua itu sudah cukup membahagiakan akal dan jiwa ku ....

Okey lah kawan-kawan ... terima kasih ... kerana membaca luahan hati ... ini cuma luahan hati ... yang datang dari hati dan nurani ... moga tiada siapa yang berkecil hati ... harap tidak menjulang simpati ... cuma sekadar memperingati ... kita manusia sering suka jahat menjahati ... hindari semua itu yang berada di hati ... bersihkan akal jiwa dengan hati yang suci ... heba heba wakakaka ....

Ahad, 25 Julai 2010

KeMBaLi BeRaKSi


Selamat Pagi ... Selamat Semuanya Buat Teman-Teman ...

Sori sebab dah lama tak mendekatkan jemari ini dengan dunia blogging ... atas alasan-alasan yang tak dapat dielakkan (MALAS) ... hahaha ... Tapi Insya'allah lepas ini pasti akan kembali beraksi sesuai dengan tajuk ... kenapa? ... tak sure tapi mood untuk kembali ber'blogging' dah mari ... wakakaka ... lagipun tak de apa pun nak cerita ... cuma mungkin buat luahan rasa ... kreativiti idea atau cuma kata-kata untuk teman-teman semua ... hehehe ...

So ... harap korang akan terus le memberikan sokongan dan dokongan (fullamak .. cam le blog ni ramai yg baca) ... apapun harapan buat teman-teman sekalian ... agar blog ini akan dapat berkongsi kegembiraan bersama-sama tapi bukan berkongsi kasih ok ... wakakaka ... buat teman-teman ku panjangkan doa ... agar semuanya tetap tega ... jalani dengan apa adanya ... ku harapkan teman-temanku berbahagia ... let's action !!! ... wakakaka ...