Sabtu, 16 Mei 2009

3T - Telusuri ... Titipan ... Tauladan ...

Jangan fikirkan yang sedap saja, kadang-kadang kita kena juga telan yang pahit sebab kadang-kadang yang pahit itu ubat sedang yang sedap itu racun.

Lantaran adanya wanita, alam menjadi indah, lantaran adanya lelaki dunia menjadi sempurna. Lantaran adanya lelaki dan wanita terkadang sempurnalah suatu kelemahan di sebalik suatu kekuatan.

Cinta agung biasanya berjalan dengan penuh berliku.

Orang tak hairan kita boleh buat majlis kahwin tiga hari tiga malam, tapi orang jadi hairan apa pasal tak pandai layan.

Tak semua yang nampak rugi itu sepanjangnya rugi, kadang-kadang untung menanti di hujung.

Soal bahagia letaknya di hati, justeru jadikan hati cetusan senyum.

Kerana ada cinta orang boleh berjuang mempertahankan cintanya, tapi kerana ada cinta juga orang boleh berkorban untuk mempamerkan kebodohannya.

Sekilas pandang sekilas rasa
untuk tatapan sepanjang masa
Gunakan Akal bersama jiwa
Buat keputusan sewajarnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan